Sunday, July 18, 2010

Attention!Pertukaran arah kiblat

LUAR NEGARA

Fatwa tukar arah kiblat Indonesia kerana 'salah'

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa membetulkan arah kiblat di negara itu daripada arah barat kepada barat laut, berkuatkuasa Rabu lalu.

Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI, Kiyai Haji Dr Muhammad Anwar Ibrahim, berkata majlis itu tidak memberi perincian mengenai ukuran darjah perubahannya kerana ia bergantung pada kedudukan setiap wilayah di Indonesia.

Dengan pengeluaran fatwa baru itu, MUI meralat fatwanya yang dikeluarkan 22 Mac lalu, yang antara lain menetapkan kiblat solat bagi Indonesia ialah arah barat kerana negara itu berada di sebelah timur Makkah.

Kiblat bagi yang bersolat di Masjidil Haram Makkah ialah menghadap Kaabah, atau ainul kaabah, sementara kiblat bagi orang bersolat yang tidak dapat melihat Kaabah ialah ke arah Kaabah, atau jihat al- Kaabah.

Beberapa laporan media tempatan menyatakan setelah perkiraan semula dilakukan oleh ahli falaq, mereka memutuskan arah yang diyakini selama ini salah kerana ia menghadap ke Afrika, ke arah Somalia, Kenya dan Tanzania.

'Indonesia itu letaknya tidak di timur Kaabah tapi agak ke selatan, jadi arah kiblat kita juga tidak barat tapi agak miring, iaitu arah barat laut,' kata Ketua MUI, K.H. Ma'ruf Amin, yang ditukil agensi berita Antara.

Namun, beliau meminta umat Islam di Indonesia tidak panik mengenai perubahan arah kiblat itu.

'Tidak mutlak arahnya kerana yang dituju bukan Kaabah secara fizikal tetapi jihat Kaabah, dan itu boleh berbeza-beza di setiap tempat,' kata seorang lagi pemimpin MUI, K.H. Amidhan.

Para pemimpin MUI berkata pembetulan kepada arah kiblat itu tidak harus dibuat dengan merombak kedudukan bangunan masjid, tetapi cukup dengan menyesuaikan garis saf solat kepada kiblat sebenar.

Sejumlah masjid belum membetulkan arah kiblat mereka dengan alasan belum mendapat pemberitahuan rasmi daripada MUI. -- Bernama.


Pada 16 Julai 2010 (Jumaat) jam 5.28 petang (Waktu Malaysia), akan berlaku satu fenomena yang dipanggil Istiwa A'zam, di mana matahari berada tepat di atas kaabah. Anda boleh menentukan ketepatan arah kiblat tempat anda dengan menggunakan tiang atau benda lurus pada waktu tersebut (dengan melihat bayangnya)

Thursday, July 15, 2010

Buat renungan bersama...

Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US , memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.



Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

"Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?

Perogol tu jawab:

"No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim".

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

UiTM students





Thanks to all my friends..get ready for our next site visit!!!

Super Junior 4th Album





Super Junior’s Kangin in the army early this month and began his five week basic training at the Nonsan army recruit training center.

On July 13th, this photo of Kangin participating in the training process was released. This photo depicts Kangin in a uniform with his real name, Kim Youngwoon, imprinted on it, raising his fist with his fellow army recruits.

After completing this military training, Kangin will officially begin his obligatory military service for the next two years before returning in 2012.

Shindong 'aegyo' love message:getting married

ShinDong said, “To say the truth, the reason why I use secret code is because I really wanted to get married. I asked our agency president beforehand, ‘Is is okay to get married?’ and his answer was ‘Marriage? Good!’”

He added, “I am currently preparing to get married,” which had the other star appearances shocked.


Meanwhile, for Super Junior’s 4th album ‘Thanks To’, ShinDong had left the secret codes to his girlfriend:

‘B2B8, B4B9, B3A8′, ‘B3C6, B4B9′, ‘A4A7B4, B5B6B2, B5B8, A2B8′, ‘C3B7B3, B5B6B2, B5B8, B2C7B2, A4B7, B3A8′, ‘A5B8, B4B8B3, B5A9, A2C6B4, A4A10′, ‘B3A7B3, B3C6B7B2, B5B9′

He revealed that to decipher the message, just key in accordingly on the keyboard to get the Korean characters:

‘B2B8, B4B9, B3A8′(나,리,야), ‘B3C6, B4B9′, ‘A4A7B4, B5B6B2, B5B8, A2B8′(우,리,결,혼,하,자), ‘C3B7B3, B5B6B2, B5B8, B2C7B2, A4B7, B3A8′(청,혼,하,는,거,야), ‘A5B8, B4B8B3, B5A9, A2C6B4, A4A10′(사,랑,해,줄,게), ‘B3A7B3, B3C6B7B2, B5B9′(영,원,히)

English translations:

Nari ah. Let’s get married. I will propose. I will love you. Forever

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...