Monday, May 2, 2011

Resepi Burung Puyuh


Bahan-bahan:

4 ekor burung puyuh, belah jadi 2-4
3 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan minyak
3 ulas bawang putih, hiris halus
4 batang daun bawang, hiris halus
½ batang serai, hiris halus
1 sudu teh serbuk lada
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh gula pasir
½ sudu teh garam
Minyak masak untuk menumis

Cara penyediaan:

Panaskan minyak, masukkan bawang putih, tumis hingga kekuningan.

Masukkan daun bawang dan serai, kacau rata, tumis sampai layu, angkat, lalu masukkan serbuk lada, sos ikan, gula, dan garam, kacau rata, tutup api dan ketepikan sehingga sejuk pada suhu bilik.

Lumur setiap burung puyuh dengan bahan tadi hingga rata, perap sekurang-kurangnya selama 2 jam dalam peti ais.

Tusuk burung puyuh dengan lidi satay.

Panggang di atas bara api/di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celsius sampai masak sambil dipusing-pusing dan diolesi dengan minyak bijan. Angkat setelah masak. angkat.

Sajikan bersama-sama dengan garam, serbuk lada hitam, dan potongan limau nipis.

p/s:blajo memasak dr internet..hubby to be kan kuat mkn..

Resepi Kek Lapis Sarawak..:)


Kek Lapis

Bahan-bahan:

200gm horlicks
170gm tepung Hong Kong
60ml (1 botol besar) pasta pandan
1 sudu teh vanilla

Adunan A:
450gm Mentega
505gm (1 tin) susu pekat manis
100gm serbuk santan

Adunan B:
10 biji telur gred A
450gm gula halus
1 sudu makan ovalette


Cara penyediaan:

-Adunan A-
Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang.
Masukkan serbuk santan dan pukul lagi hingga sebati.

-Adunan B-
Dalam bekas lain, pukul telur (masukkan telur satu-persatu) dan gula hingga kembang.
Masukkan ovallete dan pukul lagi hingga kembang.

Satukan Adunan A dan B, kacau hingga adunan mesra.
Masukkan tepung Hong Kong, Horlicks, pandan paste, dan vanilla. Kacau hingga betul-betul mesra.
Sedia untuk dibakar.

Cara membakar kek lapis Sarawak:
Guna loyang 8" x 8". Masukkan 5 sudu adunan ke dalam Loyang dan ratakan.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar menggunakan api atas hingga warna adunan menjadi agak kecoklatan. Ulang langkah hingga adunan habis.
setelah selesai, bakar dengan menggunakan api bawah selama 10 minit.

Boleh juga jika mahu kukus.
Guna loyang 8" x 8".
Masukkan 5 sudu adunan ke dalam Loyang dan ratakan. Tutup Loyang dengan kerajang aluminium untuk mengelakkan air kukusan jatuk ke dalam kek.
Masukkan Loyang tersebut ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 10 minit.
Ulangi langkah ini hingga adunan habis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...