Thursday, June 30, 2011

Novel: Epilog Hati (Eps 01)

“Kau buat kerja part time lagi ke sekarang ni?”soal Eyja sambil mengemas meja yang bertaburan dengan kertas kerja. Razia mengangguk sambil memerhatikan Eyja yang kalut mengemas untuk pulang.Dia dan Eyja merupakan teman rapat sejak dari sekolah rendah lagi.Malah tinggal di dalam satu kampung yang sama.Eyja merupakan anak seorang bilal di kampungnya.Manakala Razia pula datang dari keluarga yang serba kekurangan.Namun itu semua tidak menghalang ikatan persahabatan antara mereka berdua.

“Kau tak penat ke Jia?Siang malam bekerja.Aku yang tengok ni pun terasa letih,”rungut Eyja setelah memboloskan diri ke dalam kereta Satria GTi milik Razia.Razia hanya tersenyum sumbing.Kenderaan yang banyak memaksa dia memandu lebih perlahan memandangkan waktu itu waktu balik kerja.

“Kau ni macam tak kenal aku pulak.Adik-adik aku ramai lagi yang belajar,Eyja.Nak harapkan gaji aku sekarang ni memang tak cukup.Duit yang lebih nak jugak aku beli barang untuk diri aku sendiri.Lagipun,saving aku dah kurang sikit sebab repair rumah aku dekat kampung tu,”ujar Razia sambil matanya tetap fokus ke arah jalan yang tengah sesak.

Eyja mengeluh.Memikirkan nasib Razia dirasakan sangat malang.Selepas ayahnya berkahwin lain dan tidak lagi pulang ke rumah,dialah yang membanting tulang untuk menyara adik-adiknya.Begitu juga dengan emaknya yang semakin hari semakin tua tetapi masih lagi mengerah tulang empat keratnya untuk mencari rezeki.Namun,pelajaran Razia tidaklah terbengkalai.Berkat usahanya dia berjaya mendapatkan segulung ijazah di samping kesusahan yang melanda.Sejak dia bekerja,emaknya hanya dibenarkan berehat di rumah serta tidak dibenarkan melakukan pekerjaan.

Razia tergelak kecil melihat kelakuan rakan karibnya.Mengeluh setiap minit.Dia hanya menggelengkan kepala.

“Kenapa kau risau sangat ni?Weh,jangan risau.Aku takkan jadi kurus keding macam kau punya even aku ni workaholic,”ujar Razia sambil tergelak besar.Eyja melemparkan jelingan.

‘Aku cakap betul-betul,dia main-main pulak’bisik hati Eyja.Memang diakui badan temannya itu agak besar dan tegap.Kebanyakan pekerja di syarikat mereka bekerja takut untuk bertegur sapa dengan rakannya itu.Lengkap dengan muka yang garang macam singa.Tetapi bila senyum,Razia mempunyai tarikan yang tersendiri walaupun tidaklah secantik gadis-gadis yang lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...