Sunday, April 15, 2012

Bakal Buang Duit kat Cite Nih


huhuhuu..lepas cite Battleship yg gempak bagai tuh,ak dah plan nk tgk cite ni.no matter what.tp klu de test,terpakde la delay kan..huhuhu..ape bleh wat.insyaAllah..just planning..so,penghuni2 Ferum bersiap sedia utk melaburkan duit ye...hahhahaha.

Thursday, April 12, 2012

Ferum Outing

mkn2 kat mne ntah..lupe

hmm..terbaek~

my santapan kat mr steak house..:)

posing sakan

bos and little bos

errrr~

udah le tu..

my meal lg..char kuey tiaw spesel

hihihi

jamuan mkn2 ari tu..nasik ayam buatan sndiri.
starring: Arra,Fazilah Azua,Cha Talib,Veronika,Ct Salihah.

Love

Salam..

Nak mengarut kejap kat diari aku nih..dah lame rsa nye ak x on blog nih...dah bersawang bagai..dlm tempoh beberapa bulan ni,a lot of things happened to me.ak redha dan pasrah dgn pemergian org yg tersayang..arwah ayah tetap lelaki no 1 dlm hidup aku..al-fatihah.

beralih pada topik,nak bercinta ni bukannya senang.risiko terlalu tinggi..ak simpati dekat sorg kwn aku ni sbnrnye.gloomy for a few days lately.aku xtau nak hepikan die mcm mane..speechless.dah try tactic lame,tp fail gak..huhu..apatah die,aku lg la...nothing good comes from it.sampai satu tahap,aku dgr perkataan cintan cintut pon dh menyampah..nauzubillah.Allah ciptakan kita berpasangan.aku redha.mungkin aku byk kekurangannya..

aku just harap,there will be my prince charming waiting for me.biarla rupa paras sederhana.aku x perlukan pon soulmate yg muke macam Micky Yoochun.i just want a person who loyal just like my father.caring just like my brother in law.funny just like my brother..amin.ke mana kita pergi sekali pon,luka sedalam mana pon hati yg satu ni,gembira mcm mane pon kite dgn harta duniawi..just remember Allah lg mengetahui.perjalanan kita semua Dia yg rancang.kita x nampak hikmah di sebalik yg terjadi.soon or later kita sendiri yg akan rasa bersyukur dgn apa yang Allah janjikan utk kita in the future.

aku bukanlah insan yg sempurna.terlalu byk khilaf.tp aku cuba utk menjadi yg terbaik.sama2 kita usahakan.amin.

Monday, February 20, 2012

Cerpen January: Takdir Antara Kita (Part 1)

Part 1

Gia terkial-kial membuka ikatan apronnya yang terbelit di belakang. Mulutnya membebel tanpa henti. Salahnya sendiri juga kerana tersilap menarik simpulan ikatan menyebabkan ikatan apronnya berbelit. Tanpa disedari dia dikejutkan dengan suara garau di berhampiran dengannya. Ghazali dilihat mengorak langkah ke arahnya sambil berdehem. Gia terkaku di situ. Hatinya menggerutu resah.

“Need help?” ujar lelaki yang bertubuh tinggi itu. Dari gayanya, lelaki itu baru sahaja lepas mandi.
Gia hanya tersenyum sumbing melihat wajah lelaki yang sukar dilihat untuk senyum itu. Gia hanya mengangguk perlahan. Hatinya berdebar ketika jasad lelaki itu menghampiri tubuhnya.

“Thanks. I dah masakkan lunch.You nak makan sekarang ke?” tanya Gia setelah ikatan apronnya dibuka oleh Ghazali. Gia melihat jam di dinding yang baru mencecah 11 pagi. Agak awal dia memasak hari itu. Semuanya disebabkan oleh lelaki itu. Kehidupannya yang ala-ala bujang itu diganggu oleh kehadiran suaminya yang pulang ke rumah semalam. Biasanya jarang sekali dia melihat lelaki itu menjejakkan kakinya ke rumahnya.

Ghazali hanya menggeleng. Badannya memang agak letih minggu itu kerana kerja yang bertimbun di pejabat. Punca utama dia menjejakkan kaki ke rumah Gia hanya kerana rumah gadis itu berhampiran dengan pejabatnya. Ini kalau diketahui oleh maknya memang masak kena bebel.
“Kejap lagi la I makan. Boleh buatkan I air carrot susu?” pinta Ghazali sambil merebahkan tubuhnya di atas sofa. Gia hanya mencebir. Tak habis-habis dengan carrot susu. Dah macam arnab pun ada,bisik hati Gia.

Ghazali hanya memerhati rumah Gia yang dirasakan sangat comel dan ringkas itu. Tidak banyak perabot kalau hendak dibandingkan dengan rumah banglo miliknya di Damansara. Walaupun rumah isterinya itu lebih kecil, namun ianya sangat menenangkan. Ghazali hanya memerhati Gia yang bernyanyi kecil di dapur yang tidak jauh dari ruang tamunya. Tak habis-habis dengan lagu hindustan,gerutu hati Ghazali.

“You memang tak suka perabot ke?” ujar Ghazali sambil membetulkan duduknya di atas sofa yang bercorak kartun itu.Gia mengorak langkah ke arahnya sambil memegang segelas carrot susu kegemarannya. Gia hanya tersenyum kecil mendengar pertanyaan lelaki itu. Gelas yang dihulur bertukar tangan.

“Bohong la kalau I kata I tak suka perabot. Tapi I tak minat sangat kalau banyak perabot dalam rumah I. I rimas,” jawab Gia yang melabuhkan punggungnya di depan skrin televisyen yang melekap di dinding rumahnya. Jarinya menekan punat remote.

Ghazali hanya memerhati tingkah laku gadis itu. Tidak banyak yang diketahuinya berkenaan gadis yang bernama Gia Fatihah itu. Perkahwinannya pula berdasarkan desakan neneknya yang sangat berkenan dengan gadis yang berasal dari kampung itu. Walaupun dia berkeras untuk tidak menerima perkahwinan itu kerana hatinya sudah dimiliki oleh gadis lain namun dia terpaksa beralah dengan kemahuan neneknya. Malah mamanya juga tidak menyukai perkahwinan yang ditetapkan oleh neneknya namun terpaksa diturut jua.

“You datang sini tak kena bebel dengan mama ke?” kedengaran suara milik Gia memecah lamunannya sebentar. Dilihat mata gadis itu masih setia mengadap rancangan Animax. Ghazali melepaskan keluhan.

“Kenapa?You tak suka i datang sini ke?” ujar Ghazali sambil bersandar di sofa. Matanya dipejamkan sambil membayangkan wajah mamanya bersilih ganti dengan wajah kekasih hatinya.  Gia hanya memerhati sekilas wajah lelaki itu. Kemudian dia tergelak kecil.

“I rasa you faham dengan soalan i. This is not about me. Its about you and your family,” balas Gia dengan perlahan namun masih boleh didengari oleh Ghazali. Dia faham malah dia sangat mengerti akan kedudukan gadis itu di dalam kehidupannya. Dia tidaklah sekejam sehingga sanggup mengabaikan anak yatim itu. Ghazali hanya mendiamkan diri dengan pertanyaan gadis itu.


*********************************************************************************************************************************

Gia meletakkan gagang telefon dengan lemah. Baru sebentar tadi nenek Yan menelefonnya mengatakan ada kenduri kesyukuran di Damansara. Itu bermakna dia akan bersua muka dengan seluruh ahli keluarga Ghazali. Inilah yang paling dia ingin elakkan. Sudah hampir setahun dia tidak menjejakkan kaki ke banglo mewah milik keluarga suaminya itu. Gia mengeluh sendirian. Memikirkan wajah Ghazali dan kekasih hatinya, Haida yang pasti hadir bersama membuat hatinya resah. Kali terakhir dia melihat wajah lelaki itu ketika majlis tahunan syarikatnya bulan lepas. Majikannya, Johan merupakan rakan sekolej Ghazali ketika mereka menuntut di Australia.

“Hello there!Gia,what’s wrong with you?I dah panggil you dekat sepuluh kali tau. Kenapa you termenung sampai macam tu sekali?” suara milik Johan memecah lamunannya. Gia tersengih malu. Majikannya yang masih bujang itu hanya mengangkat kening melihat Gia yang tersipu malu dengan tegurannya.

“Sengih-sengih.Soalan i tak terjawab.You tak pergi rumah suami you ke?Ada kenduri kan?” tanya Johan lagi yang mengepit briefcase berwarna hitam. Dia melonggarkan ikatan tali lehernya. Dia beragak untuk pulang setelah melihat jam yang hampir menunjukkan angka enam petang. Dilihat pekerjanya yang seorang itu masih berada di pejabat. Itupun dengan dahi yang berkerut seribu.Termenung.

Gia tersengih melihat Johan yang terkial-kial melonggarkan tali lehernya. Gia menghulurkan tangannya untuk membantu majikannya. Johan tergamam dengan tindakan gadis itu. Namun,dia membiarkan sahaja. Inilah kali pertama dia berdekatan dengan gadis itu walaupun sudah hampir dua tahun mereka berkerja di bawah bumbung yang sama.

“Bos, muka you macam buah epal masak.Malu dengan i ke bos?” ujar Gia sambil tergelak setelah melonggarkan ikatan tali leher lelaki itu. Johan membeliakkan matanya. Mukanya merah menahan malu dengan usikan pekerjanya itu. Gia mengemas mejanya yang berselerak dengan fail namun dia berhenti seketika kerana Johan masih tidak berganjak dari tadi.

“Bos tak nak balik ke?” soal Gia yang pelik melihat Johan yang seolah-olah menunggunya. Johan menggaru kepala yang tidak gatal.

“You tak pergi rumah Ghazali ke?” tanya Johan buat kali kedua.Kali ini lebih serius air mukanya. Dia sebagai kawan rapat Ghazali, amat faham dengan pergolakan antara Gia dan rakannya itu. Namun, untuk masuk campur urusan rumahtangga mereka, Johan merasakan tidak perlu. Apatah lagi hal antara mereka melibatkan keluarga Ghazali. Dia tidak berani untuk masuk campur.

“Tak tahu la,bos. Kalau ikutkan hati i malas rasanya,” jawab Gia yang termenung jauh. Sebenarnya, die enggan melihat Ghazali bersama Haida. Hatinya tidak tenteram. Gelisah melihat Haida yang sentiasa di samping lelaki itu. Dadanya sesak. Adakalanya, dia ingin menangis. Entah mengapa.

Johan merenung wajah gadis itu. Ada kesuraman yang bermukim di mata gadis itu. Walaupun gadis itu sering tersenyum, namun matanya seolah penuh kedukaan. Johan mengeluh kecil.
“Come.You ikut i.Kita pergi bersama.You can’t say no,” arah Johan sambil menarik lengan gadis itu. Gia kaget dengan telatah majikannya. Kelam kabut dia mencapai tas tangannya di atas meja.

“Tapi bos...”
“Tak ada tapi-tapi. You ada baju kurung tak?Takkan you nak pergi kenduri pakai seluar bagai macam nih?” komen Johan yang memerhati Gia dari atas ke bawah. Gia menelan air liur.Kelat.
“Bos pun sama.Takkan nak pakai baju kemeja macam ni je?” jawab Gia yang mengusap lengannya yang terasa sengal digenggam oleh Johan. Johan tersengih. Kuat sangat ke aku pegang?

“Tentang i, you tak perlu risau. Baju melayu i dah ada dalam kereta. I dah bawak siap-siap,” kata Johan sambil menaikkan keningnya yang agak lebat itu. Gia terdiam. Mungkin Ghazali yang memberitahu Johan tentang kenduri itu. Nampak sangat kehadirannya tidak dialu-alukan. Gia mengetap gigi.

“I rasa macam i tak perlu datang la bos,” ujar Gia sambil menundukkan wajahnya. Hatinya resah. Johan terdiam. Mengerti apa yang dialami oleh gadis itu.
“I tak nak dengar alasan you. At least,do this for nenek Yan.Boleh?You tau kan dia sayang you,” terang Johan yang berharap gadis itu mengerti. Sesungguhnya wanita tua yang telah lama dikenalinya amat menyayangi gadis itu. Gia tersenyum membayangkan wajah nenek Yan.Sudah lama dia tidak menemui wanita yang dianggap seperti darah dagingnya sendiri itu. Rindu di dada bertandang tanpa diundang. Gia mengangguk perlahan.

“Good girl. Lagi setengah jam, i jemput you di rumah. Kita pergi awal la. Jalan sesak petang-petang mcm ni.You bersiap la dulu,” arah Johan sambil memboloskan diri keluar dari lif. Gia terpinga-pinga dengan rancangan Johan yang mengejut. Di tempat parkir, Gia terkebil-kebil memandang kereta Satria Neo miliknya. Kenapa aku kena pergi dengan dia pulak?

Tidak sampai sejam kemudian,kedengaran bunyi hon kereta memekik di luar pagar rumahnya. Gia bergegas menuruni tangga dan memakai kasut tumit tinggi miliknya.Pergerakannya terbatas apabila dia memakai baju kurung moden berwarna dark purple yang mengikut bentuk badannya itu. Gia membetulkan tudung yang dirasakan sudah lari dari kedudukannya. Hatinya merungut dengan idea Johan yang mengajak dia pergi bersama. Bukannya dia tidak ada kereta sendiri. Melihat tubuh Johan yang bersandar di tepi pintu kereta, membuatkan dia ternganga sebentar. Alamak, macam mana pula aku boleh pakai sedondon dengan mamat nih?

“You tiru i ke apa?” ujar Johan yang memakai cermin mata hitam. Tidak dinafikan, hati wanitanya terdetik sebentar melihat susuk tubuh yang kacak itu. Gia tersenyum sumbing menutup kegugupannya.
“Bos nak pergi beraya ke akad nikah ni?” seloroh Gia yang mendekati Johan yang tersenyum menampakkan giginya yang tersusun indah. Sumpah, Gia sangat kekok kalau keluar dengan manusia-manusia yang tampan macam ni. Boleh keluar jantung dari soket ni ha.

“You ni kan. Tak pernah nak jawab soalan i. Soalan i semua terbiar sepi.Hehe..kenapa?Fall in love with me?Better not,”ujar Johan sambil mengenyitkan matanya.Gia mencebir.Namun dalam hati Tuhan sajalah yang tahu. Johan tergelak besar melihat mimik muka yang ditunjukkan oleh Gia. Gia yang ingin membuka pintu kereta, terkedu seketika apabila Johan merapatkan wajahnya.
“You tak cantik tapi sangat cute. I suka,” bisik Johan. Gia terpana. Perli ke puji tu?


Sunday, February 19, 2012

Love Letter for you,yunk~

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu. 
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald’s, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Friday, February 17, 2012

17/02 is a Wonderful Day!!

Salam...

Ari ni ak sangat la gembira.Thanks to all my friends..seriously i love you all..Rmai gile yg wish.EVen kt fb or either on my Android..heheh..Time kasih for those who wish birthday utk ak..sgt terharu..xdpt kek pon xpe.ak x kisah...huhu..walaupun ak byk spend time dalam lab ari ni,al maklum sibuk ngn final project..de jugak mmbe ak yg dtg jempot ak kt lab and then bwk ak g jenjalan,karok and mkn2..huuu~terharu.family ak pon wish the best for me..smpai abih bateri ak gayut ngn mak haku...hahahhahah...and thanks also to my scandals...haahaha...i tuntut my present from both of you okay~hahahhaha..

Welcome to 24's club...umo je tua tp jiwa mude lg..hahhahaha

Semoga hidupku lebih keberkatan dariNya..Amin~

Thursday, February 16, 2012

Dugaan Dari Allah s.w.t

Salam...

tak tau nak react cane...sedey kot klu bg definisi perasaan aku sekarang..bes fren + cousin (sb kawen ngn sepupu aku..nak jugak gitau..), bes fren aku keguguran...terkejut jugak aku...ak dah berangan nak title auntie ara tp nak wat cane..belum rezeki lg..nak tak nak,ak kne strong dr bes fren aku..first anak pas kawen,cmni plak jdi nye...nsib bek ak msj jer...klu kol,mau ak nangis agaknyer...sob...sob...kat diary ni jela tempat ak luahkan perasaan aku...thank u my diary~

anyway,please be strong my fren..i'm here for you...love you forever~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...